Monday, October 14, 2013

parasit

Bila ada yang berbuat baik,
Ada saja yang mengabil kesempatan.
Apa kau tak fikir?
Apa susah mereka?
Fikir, sisi mana yang kau pandang?
Shuuuu, aku tahu!
Kau cuma pandang sisi senang mereka tanpa fikir sisi susah mereka bukan?
Manusia,
kadang-kadang kata-kata tak terluah di mulut,
bahayanya!
kerana yang tak terluah itu yang bakal menawarkan hati.
Jangan sampai ia terjadi.

Sunday, July 21, 2013

aku yang terleka

kalau dahulu dia tegap dalam kedudukan berdiri,
kini tidak lagi,
dia terpaksa tegap dalam duduknya,
bagi mengerjakan perkara yang wajib dalam hidup,
iaitu menyembah tuhannya 5kali sehari.
Ya Allah..titisan jernih mengalir tanpa dapat ditahan.
aku cuma boleh berdoa kepada yang maha berkuasa,
berdoa dan terus berdoa,
semoga diberikan kesihatan yang luar biasa baik kepada kedua orang tua ku.
tanpa aku sedar ada perubahan dalam kehidupan seharian mereka,
aku terlalu leka dengan perkara yang hanya tersedia di depan mata.

Monday, June 24, 2013

Induction'13

Outdoor activity :)
Walaupun jerebu teruk masa ni tapi, ada yang masih nak join aktiviti.
Aku jadi penonton saja..hahahaha


Kak yong, Teha dan Yaya jaga gerai dan aku jadi driver.
Senang cerita kami berempat ni dikecualikan daripada aktiviti masa ni..hehe
salah satu makanan yang dijual ialah..roti sardin!

Aktiviti yang menarik ialah rebut kerusi dan tarik tali dan macam-macam lagi.







Sambil-sambil dorang berhempas pulas tarik tali bagai..
Aku pun dah penat snap gambar dorang..
Apa lagi, nak jugak orang snap gambar aku :D
Jerebu dekat belakang tu ala-ala dekat GentingHighland la konon..huahaha
Lompat~


Sunday, June 9, 2013

Penang & makanan

Dari Selatan kita terus ke Utara Malaysia. <3
Trip ni dah jadi beberapa bulan yang lepas tapi, baru ni nak update. hehehe :D
Kaki dapat jejak sampai Penang ni pun sebab nak buat assignment untuk subjek yang sama dengan trip ke Johor hari tu 'Tour Guiding Skill'. 
Seronok betul kos Pengurusan Pelancongan ni. Memang kerja berjalan saja la.
Cerita pasal makan, kau, kalian dan anda kena cuba makan benda alah bawah ni bila korang jejak kaki dekat Penang. cun?

Pasembur

Nasi Kandar Beratur
Ok..ni makanan yang aku paling suka masa datang sini. Terletak di Taman Kota Lama. Nama makanan 'Mee Sotong'. The best among the rest! Ada rasa masam-masam dan manis-manis. Harga RM4/RM6 sahaja. Kenyang sampai tak larat nak jalan la cerita dia 

gambar saja buat Xtra Large :) terliur abaq hang!

p/s: Big thanks to Azim sebab jadi tour guide kita orang masa dekat sana, jadi driver sampai kena saman dan tak lupa juga dekat Kak Hun sebab belanja kita orang macam-macam. :) and Yaya sebab bagi pinjam kamera. 

Wednesday, June 5, 2013

usah

Usah percayakan mata,
kadang-kadang apa yang kita lihat,
tidak sama dengan apa yang kita fikir.

Usah percayakan telinga,
kadang-kadang apa yang kita dengar,
tidak sama dengan cerita sebenar.

Teruskan menjaga lidah,
kerana lidah itu tidak bertulang.